Sunday, July 22, 2012

Teruskan dengan bacaan

BERDIRI TEGAK DAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SERTA SEBARANG SURAH





Bacaan dalam bahasa rumi:-A'uzubillahi minassyaitanir rajim.


Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.


SURAH AL-FATIHAH 


Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Bismilla hirrahma nirrahim.Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.


Amin (*Sila Rujuk).


 


Maksudnya:


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.



Amin (*Sila Rujuk) (Perkenankanlah permintaan Kami)
RUJUKAN


* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).



Selepas membaca surah Al-Fatihah, kita hendaklah membaca sebarang surah sepertimana contoh di bawah di mana surah yang di baca ialah surah Al-Khausar


 


KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH


CONTOHNYA:- 

Bacaan di dalam bahasa rumi:-Bismilla hirrahma nirrahim.


Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar






 


Maksudnya:


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada)Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus





No comments:

Post a Comment