Monday, July 23, 2012

Syarat sah sembahyang

Syarat sah sembahyang terdiri daripada 5 perkara iaitu: 
  1. Yakin telah masuk waktu 
  2. Menutup aurat ( Dari atas kepala sampai mata kaki. Tidak sah sembahyangnya jika rambut, leher, dada, lengan dan betis terbuka bagi perempuan manakala aurat bagi lelaki dari bawah pusat hingga ke paras lutut ) 
  3. Mengadap kiblat ( Berusahalah dan dirikanlah sembahyang menghadap arah yang kita duga di situlah arah kiblat. Sesuai dengan firman Allah: "Maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah". )
  4. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat sembahyang 
  5. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

No comments:

Post a Comment