Mukadimah

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Segala pujian bagi Allah S.W.T Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahNya,telah mengizinkan saya menyiapkan sebuah laman web berbentuk pembelajaran iaitu "Laman Web Mari Belajar Sembahyang". 

Laman web ini telah dimuatkan beberapa fakta mengenai sembahyang yang meliputi cara - cara mengerjakan sembahyang bagi lelaki dan perempuan, syarat wajib dan sah untuk mengerjakan sembahyang, ruang renungan, aspek - aspek mengenai wuduk yang meliputi rukun, syarat wuduk, perkara - perkara sunat untuk berwuduk, dan sebagainya. Malah turut disertakan beberapa buah laman web yang lain sebagai rujukan. 

Besar harapan saya semoga laman web yang telah saya bangunkan ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak. IsyaAllah. Sebarang kesilapan amat dikesali dan harap dapat dimaafkan. Teguran yang membina adalah amat dialu - alukan.

Sekian. Wa billahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment