Monday, July 23, 2012

Cara menunaikan sembahyang waktu Zuhur, Asar & Isyak

1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]
2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]
3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]
4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah
[ AL_FATIHAH ]
5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama
[ TAKBIR ]
6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama
[ RUKUK ]
7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud
[ IKTIDAL ]
8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat pertama
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah
Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]
12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua
[ TAKBIR ]
13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]
14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi
rakaat kedua [ IKTIDAL ]
16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
19. Membaca tahiyat awal
[ TAHIYAT AWAL ]
20. Kembali ke rakaat ketiga dimana membaca
surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
21.Takbir untuk rukuk bagi rakaat ketiga
[ TAKBIR ]
rukun_2.gif
22. Rukuk bagi rakaat ketiga [ RUKUK ]
23. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi
rakaat ketiga [ IKTIDAL ]
24. Sujud pertama bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
25. Duduk antara dua sujud dalam rakaat ketiga
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
26. Sujud kedua bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
27. Kembali ke rakaat keempat
dimana membaca
surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
28.Takbir untuk rukuk bagi rakaat keempat
[ TAKBIR ]
29. Rukuk bagi rakaat keempat [ RUKUK ]
30. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi
rakaat keempat [ IKTIDAL ]
31. Sujud pertama bagi rakaat keempat
[ SUJUD ]
32. Duduk antara dua sujud dalam rakaat
keempat
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
33. Sujud kedua bagi rakaat keempat
[ SUJUD ]
34. Membaca tahiyat akhir
[ TAHIYAT AKHIR ]
35. Memberi salam [ SALAM ]

Takbiratul Ihram


BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR
Melafazkan "Allahu Akhbar":-



Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar"

 

 Yang Bermaksud:-
Allah Maha Besar



Mengangkat takbiratul ihram bagi lelaki


Mengangkat takbiratul ihram bagi perempuan





Di bawah menunjukkan perbezaan antara cara perempuan dan lelaki semasa mengangkat takbiratul ihram:-

BAGI LELAKI 



Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.


 





Bagi lelaki, kedua - dua belah tangan di angkat di paras telinga. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang


BAGI PEREMPUAN

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.


Bagi perempuan, kedua - dua belah tangan tidak melebihi paras bahu. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang



Takbir

BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR
Melafazkan "Allahu Akhbar":-


Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar"
 
 Yang Bermaksud:-
Allah Maha Besar


Mengangkat takbiratul ihram bagi lelaki


Mengangkat takbiratul ihram bagi perempuan



Tahiyat Awal

DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL
Bacaan tahiyat awal dan cara duduknya:-

Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad.
Maksudnya:-
Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad.



Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas




Cara mengangkat jari telunjuk:-


kedudukan jari dan tangan

Apabila bacan sampai kepada"Asyhadualla ilaha illallah"dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan



Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari telunjuk semasa membaca"Asyhadualla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullahdalam tahiyat awal.