Sunday, July 22, 2012

Pengenalan Solat


 Dalam agama Islam, sembahyang merupakan ibadah yang utama dari segala jenis ibadah. Sembahyang merupakan tiang seri yang bermaksud tiang utama pengukuh agama Islam. Di dalam rukun Islam, rukun yang kedua ialah mendirikan sembahyang lima waktu. Apabila seseorang umat Islam itu mendirikan sembahyang, maka dia menunjukkan rasa kehambaan dan sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT.


    Sembahyang merupakan ketentuan kedua dalam peraturan Islam, jika dilaksanakan pada awal waktunya maka ini termasuk amal yang lebih utama. Jika ditinggalkan termasuk kufur, bila dilaksanakan termasuk iman, bila kurang diperhatikan patut mendapat kemurkaan Allah SWT, dan bila dipelihara akan mendatangkan keuntungan.


    Sembahyang Fardhu yang wajib didirikan ialah sembahyang lima waktu sehari semalam iaitu sembahyang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Sembahyang Subuh mengandungi 2 rakaat manakala Zuhur, Asar dan Isyak mengandungi 4 rakaat. Sembahyang Maghrib pula mengandungi 3 rakaat. Di dalam satu hadith di mana Rasullah S.A.W pernah bersabda iaitu:- 

“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur" .

    Oleh itu anak - anak hendaklah di ajar dan di beri panduan serta dorongan untuk mengerjakan sembahyang. Sesungguhnya melakukan perkara yang baik itu adalah perkara yang disukai oleh Allah S.W.T. 

No comments:

Post a Comment