Sunday, July 22, 2012

Hikmah menunaikan sembahyang

Hikmah menunaikan sembahyang ialah seperti berikut: 
  1. Menghampirkan diri kepada Allah s.w.t 
  2. Menguatkan keimanan dan ketaqwaan 
  3. Mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t 
  4. Mentaati perintah Allah s.w.t 
  5. Menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar 
  6. Bersyukur kepada Allah s.w.t 
  7. Sebagai tanda pengabdian hamba dengan Allah s.w.t 
  8. Melapangkan fikiran 
  9. Memberi kesihatan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani 
  10. Mendapat pahala 

Sembahyang merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan bersih anggota badan. Segala perjanjian telah dilakukan dalam sembahyang mestilah dipelihara di luar sembahyang.
Antara kepentingan sembahyang seperti berikut:
  1. Sembahyang mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya. 
  2. Sembahyang boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t., “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar…. ”
  3. Sembahyang memberi ketenangan jiwa. 
  4. Sembahyang membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.

No comments:

Post a Comment