Monday, July 23, 2012

Cara menunaikan sembahyang Subuh

Sembahyang fardu mengandungi lima waktu sembahyang dalam sehari. Dimulai dengan sembahyang Subuh yang  mengandungi dua rakaat dan diikuti sembahyang Zuhur ( empat rakaat ), seterusnya sembahyang Asar ( empat rakaat ), diikuti sembahyang Maghrib ( tiga rakaat ) dan akhirnya sembahyang Isyak yang mengandungi empat rakaat. Di bawah menunjukkan cara - cara menunaikan sembahyang ( rukun sembahyang ) mengikut tertib dari rakaat pertama hingga ke rakaat akhir bagi sembahyang Subuh:-

1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]
2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]
3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]
4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah    [ AL_FATIHAH ] 
5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama     [ TAKBIR ]
6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama     [ RUKUK ]
7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud     [ IKTIDAL ]
8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat  pertama    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah      Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]
12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua       [ TAKBIR ]
13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]
14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi         rakaat kedua [ IKTIDAL ]
15. Membaca doa Qunut [ QUNUT ]
16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
19. Membaca tahiyat akhir      [ TAHIYAT AKHIR ]
20. Memberi Salam [ SALAM ]

15 comments:

  1. Mcm mna klau kita tak tau baca doa iftitah dan doa qunut... bleh ke kita baca al-fatihah saje?

    ReplyDelete
    Replies

    1. TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT

      Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.

      Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad.

      CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI

      Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
      Melakukan sujud sebanyak dua kali.
      Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini:
      سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
      Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
      Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

      BACA INI UNTUK LEBIH JELAS : Cara melakukan sujud sahwi

      Alhamdulillah selesai sudah solat subuh. Adakah anda fahaminya. Jadi selepas solat seperti biasa kita perlulah membaca doa selepas solat.

      Delete

    2. TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT

  2. Tumpang tanye?? Kalau memang x baca doa qunut bole x??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Sy nak tnye... Takbir utk setiap kali lpas bca surah utk ke ruku, ruku ke sujud tak lafaz pn xpe ker?? Cth lpas hbis baca surah kita nak ruku sblm tu kita kena lafaz Allahu Akhbar dlu then ruku.. Mohon pencerahan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Macam mana kalau lepas ruku tapi lupa bacaan iktidal dan terus sujud ?

    ReplyDelete
  5. assalammualaikun nak tanya kalau kita x baca doa iftitah dan doa qunut masih sah ke solat kita. mohon pencerahan .

    ReplyDelete
  6. assalammualaikun nak tanya kalau kita x baca doa iftitah dan doa qunut masih sah ke solat kita. mohon pencerahan .

    ReplyDelete
  7. Mcm mana kalo duduk antara dua sujud tapi kaki tidak dibuat seperti yg sepatutnya.. sah kah solat nya

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum , tumpang tanye solat subut bacaan tahiyat akhir sahaja ke ? Atau tahiyat awal dan akhir ? Atau hanya baca dengan tahiyat akhir saya ?

    ReplyDelete